fbpx

Isu harga minyak masak bukan dibawah kami – Jeck Seng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JECK SENG (dua dari kanan) pada majlis penyampaian sumbangan kotak makanan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor, di Pekan Nanas, Pontian, Johor, hari ini.

PONTIAN – Isu kenaikan harga minyak masak yang tinggi sehingga membebankan pengguna bukan melibatkan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi sebaliknya kementerian lain.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, kementerian bertanggungjawab ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) yang bertanggungjawab dalam soal harga barangan.

Katanya, beliau akan menghubungi kementerian tersebut memandangkan rungutan mengenai harga barangan tersebut kini berlaku dilapangan dan memerlukan tindakan segera dari pihak berkenaan.

Menurut Jeck Seng, walaupun kementeriannya terlibat secara langsung dengan industri kelapa sawit di negara ini , namun ini tidak bermakna soal minyak masak juga dibawah kawalan pihaknya juga.

“Saya amat memahami isu yang berlaku dilapangan ketika dimana orang ramai terkejut dengan kenaikan harga minyak sawit botol, dalam masa yang sama sukar untuk mendapatkan minyak masak peket.

“Harapan kami supaya pihak kementerian turun padang bagi melihat dengan lebih dekat isu kenaikan harga minyak masak yang dilihat naik terlalu tinggi,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan kotak makanan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Pekan Nanas, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI