fbpx

KL City belum sempurna – Hodak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG sensasi KL City, Romel Morales cuba mengawal bola daripada dirampas pemain lawan ketika skuad The City Boys menang 2-1 ke atas Tampines Rovers di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin. – AMIR KHALID

DI SEBALIK khabar gembira la­yak ke pusingan seterusnya pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), pengendali Kuala Lumpur City (KL City), Bojan Hodak nyata masih dihimpit resah apabila anak-anak buahnya mempersia-siakan banyak peluang terhidang.

Walaupun skuad The City Boys berjaya melepasi cabaran dalam Kumpulan H, Hodak menyifatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Tampines Rovers di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin masih belum sempurna dan berasakan keputusan akhir sepatutnya lebih baik.

“Perlawanan berlangsung seperti yang kami jangkakan. Kami dan Tampines Rovers berjaya mencipta peluang, namun masalah besar bagi kami adalah sentuhan terakhir penyudah.

“Kamu sendiri boleh lihat tadi apabila masalah sama terus berlaku. Namun, paling penting target kami adalah untuk layak ke pusingan seterusnya,” katanya selepas tamat perlawanan kelmarin.

Ketua pasukan, Paulo Josue muncul wira KL City apabila meledak kedua-dua gol pada minit ke-16 dan 22, manakala jaringan sagu hati Tampines Rovers dihasilkan oleh Boris Kopitovic, minit ke-38.

“Kami bermain dengan tempo yang agak laju di separuh masa pertama, namun masalah terjadi apabila ada yang terlupa pemain nombor sembilan (Kopitovic). Apa yang berlaku di babak kedua adalah normal apabila kami sudah ada keputusan bagus.

“Paling penting adalah keputusan akhir. Kami bertahan dan menyerang bersama-sama,” katanya.

Berbanding Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang layak selaku juara Kumpulan G, kekalahan 5-2 Hougang United kepada kelab Vietnam, Viettel FC turut membantu KL City mara selaku pasukan naib juara terbaik de­ngan mengutip empat mata.

Pada aksi kalah mati yang dijadualkan Ogos ini, KL City sekali lagi bakal berdepan ujian getir apabila dijadualkan menentang Viettel FC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI