fbpx

Nor Aqilah sudah boleh makan, bercakap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Aqilah (dalam bulatan) sudah berikan keterangan kepada pihak polis.

SEBERANG PERAI – Satu-satunya mangsa yang terselamat dalam tragedi keracunan gas karbon monoksida pada minggu lalu, Nor Aqilah Mohd. Safwan, 21, menunjukkan perkembangan baik apabila sudah mampu bercakap dan makan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata,  berdasarkan maklumat terkini yang diterima pihaknya dari tempat mangsa dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur, Nor Aqilah kini semakin pulih.

“Dia belum boleh bangun, tetapi sudah bercakap sepatah-sepatah.

“Nor Aqilah juga sudah boleh makan tetapi hanya bubur nasi. Jika keadaan semakin baik, dia akan dipindahkan ke wad biasa,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.

Semalam, Nor Aqilah dilaporkan sedar daripada koma ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan mampu menganggukkan kepala.

Dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Permatang Pauh pada minggu lalu, Nor Aqilah bersama kembarnya Nor Adilah serta dua rakan, Sharifa Fariesha Syed Fathi dan Ayunie Shazwanie Shabri berusia 21 tahun ditemui tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang enjinnya masih hidup ketika sedang berehat.

Sharifah Fariesha disahkan terbunuh di dalam MPV jenis Honda Odyssey itu, manakala Ayunie Shazwanie disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Seberang Jaya di sini akibat keracunan gas karbon monoksida.

Nor Adilah yang dikejarkan ke Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak turut meninggal dunia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI