JIKA sudah namanya hero kedua atau second lead, impian untuk memiliki wanita idaman sememangnya lebur.
Demikian yang berlaku kepada dua watak dalam drama tular iaitu Wari (Bisik-Bisik Gelora) lakonan Hafidz Roshdi dan Hariz (Melur Untuk Firdaus) iaitu Fimie Don.
Dalam drama masing-masing, kedua-duanya terpaksa berputih mata kerana heroin yang disayangi tidak membalas cinta mereka.
Lucunya, walaupun berbeza drama, mereka sempat berseloroh dalam satu pertemuan yang direkod dan dimuat naik dalam media sosial.
Dalam video tersebut, netizen terhibur apabila mereka bertanyakan watak heroin masing-masing iaitu Arumi (Raysha Rizrose) dan Melur (Anna Jobling).
Pada masa sama, netizen dan peminat dua buah drama tersebut sangat teruja serta berharap mereka berlakon bersama satu hari nanti.
“Dua-dua keseorangan sampai habis episod, kasihan,” kata netizen.
“Hero kedua yang tersakiti,” ujar seorang pengguna TikTok.