fbpx

Remaja psikopat bunuh adik tiri berusia lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Craig Mulligan yang berusia 14 tahun didapati bersalah membunuh adik lelakinya sendiri. - Perkhidmatan Berita Wales

LONDON – Seorang remaja lelaki di Britain dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh adik lelaki tirinya dengan kejam, lapor akhbar Daily Star semalam.

Craig Mulligan, 14, didapati bersalah berhubung pembunuhan Logan Mwangi yang berusia lima tahun.

Mulligan didedahkan sebagai salah seorang pelaku utama pembunuhan kejam Mwangi. Pembunuhan itu dilakukan bersama ibu tirinya Angharad Williamson, 31, dan bapanya sendiri John ‘Jay’ Cole, 40.

Mulligan menyebabkan kecederaan serius terhadap Mwangi sebelum membuang mayat mangsa ke dalam sungai.

Polis menemui mayat Mwangi di Sungai Ogmore, Wales Selatan pada 31 Julai tahun lalu. Mangsa ditemui dengan 56 kesan luka dan lebam pada badannya di samping kecederaan dalaman lain.

Sebelum pembunuhan, tanda-tanda kejahatan Mulligan dilihat dengan jelas oleh keluarga angkatnya. 

Selama lapan minggu pada bulan Jun dan Julai 2021, Mulligan tinggal dalam jagaan ibu bapa angkat yang berkata, mereka tidak dapat mengawal tingkah laku menakutkannya.

Mulligan mempunyai sejarah melakukan serangan kejam ke atas anak kecil, orang dewasa dan haiwan. Dia menggunakan latihannya dalam seni mempertahankan diri untuk menyakiti mangsa dengan teruk.

Pada akhir perbicaraan semalam, Mulligan dan ibu bapanya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 15 tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI