fbpx

Kerajaan mansuh pengisian pas pengembara buat rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara tidak lagi perlu mengisi dan melengkapkan ciri-ciri Pas Pengembara dalam aplikasi MySejahtera bermula Isnin ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kelonggaran itu bagi memudahkan para warganegara kembali ke Malaysia, di samping keadaan sistem kesihatan negara kini berada pada tahap yang baik dan memuaskan.

“Pemansuhan ini dibuat berperingkat untuk turut memberi kelonggaran kepada kumpulan-kumpulan lain seperti pemegang pas sosial, pas pelajar serta penduduk tetap pada masa depan yang akan diumumkan kelak. Bagaimanapun bagi permulaan, pemansuhan ini hanya terpakai kepada warganegara sahaja.

“Ingin dijelaskan bahawa ciri-ciri Pas Pengembara tersebut masih dipaparkan di aplikasi MySejahtera dan ia perlu dilengkapkan oleh para pengembara bukan warganegara Malaysia sebelum memasuki negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Khairy Jamaluddin, selain pemantauan kes-kes Covid-19 dalam kalangan pengembara luar, ciri-ciri tersebut perlu dilengkapkan oleh mereka supaya Kementerian Kesihatan berupaya membuat pemantauan rapi ke atas penyakit berjangkit lain dari luar negara seperti cacar monyet. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI