fbpx

Bayangan cerai? Shuk Sahar ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEHADIRAN Shuk ke mahkamah mencetuskan persoalan ramai,

PETALING JAYA – Pelawak dan pengacara kontroversi, Shuk Sahar mencetuskan tanda tanya ramai apabila berkongsi sebuah video memaparkan keberadaannya dipercayai di sebuah mahkamah beberapa jam lalu.

Dalam video TikTok berkenaan, Shuk atau nama lengkapnya Shukri Mohamed Sahar kelihatan hadir memakai baju berwarna hitam dan bersongkok sambil ditemani seorang peguam.

Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci tentang video tersebut, namun Shuk seolah-olah memberi bayangan bahawa kedatangannya ke mahkamah ada kaitan dengan kemelut rumah tangganya bersama isteri, Rossa Sera.

“#akubukanjodohnya #akutitipkandialanjutkanperjuanganku #semogadipermudahkansegalanya,” tulis Shuk sebagai kapsyen video tersebut.

Perkongsian Shuk menuai banyak reaksi daripada netizen yang mengeluarkan komen sindiran terhadap balasan yang diterimanya selepas menganiaya isteri sendiri.

Bahkan ada juga antara netizen yang menitipkan kata-kata semangat dan pesanan buat bekas pengacara program I Can See Your Voice itu agar mengambil pengajaran atas apa yang berlaku.

“Kifarah itu benar. Semoga ada keinsafan dan penyesalan buat Shuk. Semoga kuat Sera,” komen seorang pengguna TikTok.

Beberapa hari lalu, Sera yang diundang sebagai tetamu dalam program MeleTOP membuka kisah tentang konflik rumah tangga yang dilaluinya selama bertahun-tahun dengan Shuk.

Sera ketika ditemubual pengacara, Uyaina Arshad dan Nabil Ahmad, gagal menahan sebak sehingga menangis dan memaklumkan bahawa rumah tangganya bersama Shuk akan berakhir.

Tambah Sera, sebelum ini dia memaafkan suaminya itu kerana memikirkan tentang anak-anak, namun kini tiada lagi kemaafan buat lelaki itu.

“Bila saya maafkan dia, saya rasa saya macam tengah sakitkan diri sendiri. Saya rasa tak bahagia dan macam mana saya nak bahagiakan orang lain kalau saya ada perasaan macam itu. Jadi saya rasa lebih baik hentikan (maafkan dia).

“Kami dah berbincang untuk ambil keputusan apa selepas ini. Saya akan fokus kepada anak-anak sahaja dan perniagaan. Mengenai kami, cukup sampai di sini. Mungkin saya tak mampu nak bahagiakan dia,” luah Sera.

Untuk info, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua orang anak.

Isu pergolakan rumah tangga pasangan itu sebelum ini tular dalam media sosial berikutan pendedahan Sera tentang Shuk yang didakwa berlaku curang bersama seorang wanita dikenali sebagai Fara Salleh.

Susulan pendedahan tentang kecurangannya, kehidupan Shuk mula terumbang-ambing selepas dia mengalami masalah kewangan sehingga terpaksa menjual rumah banglo bernilai RM1.2 juta selain sudah jarang muncul dalam televisyen.

Pada November tahun lalu, Sera dilaporkan sudah memfailkan cerai terhadap Shuk.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI