fbpx

Tottenham Hotspur makin hampir sambar Richarlison

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RICHARLISON

LONDON – Tottenham Hotspur dijangka akan memuktamadkan perpindahan penyerang Everton, Richarlison dalam tempoh 24 jam pada jendela perpindanhan musim panas ini.

Sebelum ini, Everton dikatakan bermain tarik tali untuk melepaskan pemain kelahiran Brazil tersebut selepas ­Tottenham menawarkan tawaran rendah, manakala Everton mahukan lebih £50 juta (RM267.19juta).

Bagaimanapun, segala perbinca­ngan telah dimuktamadkan kedua-dua belah pihak menerusi pertemuan dengan Pengerusi Spurs, Daniel Levy yang bertemu dengan rakan baik di Everton, Bill Kenwright di London.

Namun, Spurs perlu berhati-hati kerana Chelsea juga berhasrat untuk membawa masuk pemain Brazil itu bagi memperkemaskan barisan serangan skuad The Blues musim depan.

Selain Richarlison, Tottenham juga dikhabarkan tertarik membawa masuk Anthony Gordon dari Everton, namun skuad kendalian Frank Lampard itu belum memikirkan untuk melepaskan pemain tersebut.

Sejak bersama skuad The Toffees 2018 lalu, Richarlison telah meledak 53 gol menerusi 153 penampilan bersama Everton dan kini menjadi rebutan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Selain itu, skuad kendalian Antonio Conte juga dikatakan telah bersetuju untuk menandatangani pemain pertahanan Barcelona, Clement Lenglet secara pinjaman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI