fbpx

Keputusan kes rasuah Rosmah dijadualkan semula 1 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah Mansor.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi menetapkan 1 September ini sebagai tarikh baharu keputusan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek solar hibrid untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Sebelum ini pada 12 Mei lalu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan memutuskan untuk memberikan keputusannya pada 7 Julai ini, bagaimanapun pada pengurusan kes dalam kamar di hadapan Timbalan Pendaftar Catherine Nicholas hari ini, tarikh berkenaan dilapangkan dan dijadualkan semula.

Peguam Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader yang ditemui selepas prosiding pengurusan kes berkenaan, berkata, mahkamah memaklumkan kedua-dua belah pihak untuk hadir pengurusan kes hari ini melalui surat pada 29 Jun lalu. Bagaimanapun kehadiran Rosmah dikecualikan.

Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn  mengesahkan perkara itu dan memberitahu hakim mahu memberikan keputusan pada Ogos ini namun pihak-pihak hanya bersetuju bagi tarikh September.

Justeru mahkamah menetapkan 1 September ini bagi keputusan kes tersebut.

Terdahulu pada 24 Jun lalu, Rosmah telah memfailkan permohonan  kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar pelantikan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes berkenaan dan memohon perbicaraan penuh kes itu yang berlangsung sejak tahun 2018 terbatal dan tidak sah.

Permohonan itu akan didengar pada 6 Julai ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI