fbpx

Geng motosikal hon ‘konvoi VIP’, bengang punca jalan sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sekumpulan penunggang motosikal membunyikan hon masing-masing ketika ketibaan konvoi VIP tersebut kerana bengang laluan mereka dihalang.

PETALING JAYA – “Asyik kami nak kena beralah, beri laluan, kami pun kejar masa untuk kerja, awak senang dan kami tanggung jalan sesak”.

Demikianlah luahan rata-rata pengguna jalan raya yang kurang senang apabila laluan mereka dihalang gara-gara perlu memberi keutamaan kepada kenderaan VIP terlebih dahulu.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik seorang pengguna Twitter, memaparkan suasana kecoh di sebuah persimpangan jalan raya apabila sekumpulan penghantar makanan dan beberapa penunggang motosikal lain membunyikan hon masing-masing ketika ketibaan konvoi VIP tersebut.

“Ada VIP kena hon dengan orang ramai sebab buat orang lain sesak sebab jalan kena tutup sekejap nak bagi dia lalu,” ciapnya.

Melihat pada rakaman tersebut, beberapa anggota polis dan trafik sedang bertugas menjaga laluan berkenaan serta memastikan tiada kenderaan lain yang melaluinya dahulu sebelum ketibaan VIP terbabit.

Dalam pada itu, keadaan jalan di sana menjadi sesak kerana banyak kenderaan lain terpaksa berhenti dan menunggu sehingga menimbulkan kemarahan ramai.

Menjengah ke ruangan komen pula, pelbagai reaksi turut diberikan orang ramai dan ada yang sempat berkongsi pengalaman mereka ketika berdepan dengan situasi sama.

“Tak akan kita sahaja kena mengalah, kita pun kejar masa nak pergi kerja, ada waktu memamng jalan akan sesak dan sebagainya, kalau nak sampai tepat pada waktu, bertolak awal, tak kira la awak VIP atau bukan,” pesan seorang pengguna.

“Punca jalan sesak sebab konvoi kenderaan VIP macam ini la, saya sendiri pernah kena marah dengan pihak berkuasa sebab lalu juga, waktu itu memang saya ada hal kecemasan dan perlu cepat, tak ada masa nak tunggu lama semata-mata bagi laluan pada mereka,” luah pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI