fbpx

JPJ buat laporan polis isu ‘backhoe’ ganggu tugas anggota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan sebuah kenderaan JPJ disondol oleh sebuah jentolak di Keningau, Sabah.

PUTRAJAYA- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat laporan polis berhubung isu tindakan seorang pemandu ‘backhoe’ yang bertindak melanggar kenderaan agensi itu dalam kejadian di Keningau, Sabah semalam.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, susulan laporan tersebut, satu siasatan lanjut sedang dijalankan pihak polis ke atas pemandu berkenaan.

“Berhubung video tular yang memaparkan pemandu sebuah kenderaan jenis ‘backhoe’ melanggar kenderaan JPJ di Keningau Sabah, kami memandang serius perkara itu dan menyifatkannya tindakan menghalang pihak penguatkuasa menjalankan tugas.

“JPJ ingin menegaskan bahawa tindakan seperti dilakukan pemandu itu bersifat ugutan dan menganggu penjawat awam dalam melaksanakan tugasan penguatkuasaan keselamatan jalan raya di lapangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, berdasarkan laporan diterima JPJ, sebelum kejadian berlaku, sepasukan anggota JPJ sedang melakukan rondaan di sekitar Jalan Kepayang Magatang, Keningau Sabah sebelum melihat sebuah kenderaan jenis ‘backhoe’ yang mencurigakan dan memandu secara bahaya.

“Sejurus itu, anggota bertugas terus bertindak menahan dan melakukan pemeriksaan, di mana didapati pemandu kenderaan tersebut tidak memilik lesen memandu yang sah (Lesen Kelas F).

“Anggota JPJ kemudiannya mengeluarkan notis saman atas kesalahan dilakukan, namun pemandu tersebut secara tiba-tiba bertindak berang dan terus melanggar serta merosakkan kenderaan selain melakukan provokasi melampau,” jelasnya.

Terdahulu, tular satu video di laman media sosial berdurasi 41 saat memaparkan sebuah kenderaan milik JPJ disondol oleh sebuah kereta jentolak yang dipandu seorang lelaki.

Difahamkan, insiden tersebut tercetus berikutan lelaki tersebut berang akibat disaman pihak berkuasa itu kerana tidak memiliki lesen memandu kelas F.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI