PETALING JAYA – Cuaca dilaporkan dalam keadaan baik dan cerah pada pagi ini melibatkan negeri-negeri di Semenanjung negara.in
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi, tiada cerapan hujan direkodkan sekitar kawasan Semenanjung ketika ini.
Bagaimanapun, hujan lebat serta ribut petir dan angin kencang dilihat berlaku di Sabah melibatkan beberapa kawasan tertentu seperti Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran).
Jelas kenyataan itu, cuaca buruk tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 9 pagi nanti. – KOSMO! ONLINE