fbpx

Jentolak rempuh kenderaan JPJ, mengamuk disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar jentolak merempuh kenderaan milik JPJ hingga terbalik.

PETALING JAYA – Pemandu sebuah jentolak bertindak merempuh kenderaan milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kejadian di Jalan Kepayan Magatang, Kampung Ambual di Keningau, Sabah hari ini.

Difahamkan, pemandu tersebut bertindak demikian dipercayai tidak berpuas hati disaman oleh pihak JPJ kerana tidak memiliki lesen memandu kelas F.

Pemandu jentolak tersebut dikatakan disaman di dalam operasi rondaan oleh pihak JPJ di kawasan itu.

Terdahulu, rakaman video pemandu tersebut merempuh kenderaan milik JPJ hingga terbalik tular di dalam media sosial.

Di dalam video itu, kelihatan beberapa anggota JPJ turut meminta lelaki itu berhenti namun tidak dihiraukan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI