fbpx

Gimrama mampu hadiahkan satu pingat emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AFRITA (dua dari kiri) berkongsi maklumat terkini mengenai persediaan skuad gimrama yang akan mengambil bahagian pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 hujung bulan ini.

KUALA LUMPUR – Skuad gimrama negara yakin mampu mencapai sasaran satu pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 bermula 28 Julai ini meskipun turun tanpa kelibat Amy Kwan Dict Meng bagi edisi kali ini.

Amy Kwan merupakan satu-satunya gimnas negara yang berjaya meraih pingat emas buat kontinjen Malaysia sewaktu Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia menerusi aparatus riben individu.

Sandaran kali ini bakal digalas tiga gimnas diketuai Koi Sie Yan, Izzah Amzan dan Ng Joe Ee selepas Amy Kwan membuat keputusan untuk bersara dua tahun lalu.

Pengurus pasukan, Afrita Ariany Nasril percaya ketiga-tiga gimnas negara itu mempunyai kelebihan tersendiri dalam setiap aparatus disertai mereka iaitu riben, gelung, bola dan belantan.

“Ada tiga gimnas yang akan berjuang bagi mendapatkan satu emas dalam aparatus individu. Satu emas ini akan diperoleh daripada tiga gimnas ini daripada aparatus yang dipertandingkan di sana nanti.

SIE YAN menjadi harapan skuad gimrama negara yang menyasarkan satu pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

“Ketiga-tiga mereka mempunyai peluang cerah untuk mendapatkan pingat emas itu,” katanya selepas menerima kunjungan Chef de Mission (CDM) ke Sukan Komanwel Birmingham 2022, Datuk Shahrul Zaman Yahya di Gimnasium 1 Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini.

Afrita yang juga Setiausaha Kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) berkata, persiapan kini berada di landasan tepat dengan dua latihan pusat di Baku, Azerbaijan dan Minsk, Belarus sebelum berlepas ke Birmingham hujung bulan ini.

Sementara itu, Shahrul berharap faktor tuah dan keputusan juri akan lebih memihak kepada tiga gimnas negara pada hari pertandingan di Birmingham nanti.

Sebagai rekod, Sie Yan berjaya memenangi tiga pingat perak dan satu gangsa, manakala Izzah turut membawa pulang satu gangsa sewaktu Sukan Komanwel 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI