fbpx

Aaron Chia-Soh Wooi Yik fokus aksi jumpa Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI beregu lelaki Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik sewaktu menentang gandingan Singapura, Hee Yong Tai Kerry dan Loh Kean Hean pada Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil sebentar tadi. - FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Pemain beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia mengharapkan tuah laman sendiri menjelang aksi suku akhir Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil esok.

Beregu yang berada pada ranking keenam dunia itu menempah slot di suku akhir selepas menewaskan wakil Singapura, Terry Hee-Loh Kean Hean 21-16, 21-13 di pusingan kedua sebentar tadi.

Justeru, Aaron berharap dapat menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri bagi mencatat kemenangan ke atas beregu berpengalaman dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan.

“Kita pernah jumpa mereka banyak kali sebelum ini tetapi mereka ada kelebihan dari segi rekod pertemuan. Bagaimanapun, kami menang ke atas mereka pada pertemuan akhir di Sukan Olimpik Tokyo 2022.

“Memang kita mengharapkan untuk menang dengan Ahsan-Hendra tetapi kemenangan pada Olimpik sudah lama berlalu, jadi perlawanan esok adalah permulaan baru. Sudah tentu kami harapkan tuah di laman sendiri,” katanya selepas tamat perlawanan.

Mengulas pertemuan menentang Terry-Kean Hean, Aaron percaya mereka ada kelebihan ke atas beregu Singapura itu memandangkan pernah bertemu dalam temasya Sukan SEA sebelum ini.

“Permainan hari ini mungkin lebih yakin kerana pernah bertemu di Sukan SEA, oleh itu masih ada memori bermain menentang mereka. Selain itu, jurulatih juga banyak bantu kami dalam permainan.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh terlalu gembira kerana masih ada perlawanan yang perlu diharungi. Oleh itu, kami perlu teruskan fokus pada perlawanan akan datang,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI