fbpx

Presiden parti politik mengaku tidak salah tipu urusan IC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang presiden parti politik di Sabah dan seorang lagi individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang lelaki warga asing dalam mendapatkan kad pengenalan (IC) membabitkan kerugian RM35, dua bulan lalu.

Kedua-dua tertuduh iaitu Mohd. Arshad Abdul, 46, dan Mohamad Amkah Ahmad, 48, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Salim.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menipu Al Saddam Husin dengan menjanjikan bahawa dia akan mendapat kad pengenalan biru (warganegara) setelah mendaftar dengan ‘Program Pengumpulan Data Maklumat Dokumentasi Orang Tiada Kewarganegaraan’ yang ia adalah tidak wujud.

Perbuatan itu mendorong mangsa menyerahkan wang RM35 yang dia tidak akan menyerahkan wang itu sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis Tingkat 1, di Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan pukul 2 petang pada 15 April 2022.

Bagi pertuduhan itu, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,500 dan menetapkan 12 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Dalam prosiding hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Wafi Husain manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam sidang media di Bukit Aman hari ini berkata kedua-dua individu itu ditahan pada 22 Jun lalu, di Subang Jaya kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan kad data maklumat individu tanpa kewarganegaraan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI