fbpx

Ukraine minta NATO hulur RM22 bilion sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berucap pada sidang kemuncak G7 melalui pautan video di Jerman pada 28 Jun lalu. - BBC

KIEV – Presiden Volodymyr Zelenskyy  menggesa negara-negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyumbang  AS$5 bilion (RM22 bilion) setiap bulan bagi menampung defisit ekonomi Ukraine, lapor laman berita RT kelmarin.

Zelensky berkata,  NATO perlu membantu Ukraine memenangi perang menentang Russia atau berisiko berperang dengan Moscow pada masa hadapan.

Beliau membuat kenyataan tersebut ketika berucap pada sidang kemuncak NATO di Madrid, Sepanyol melalui sidang video.

“Terdapat dua pilihan dalam situasi sekarang iaitu menghulurkan bantuan mencukupi pada  kadar bagi membantu Ukraine mencapai kemenangan atau menghadapi  perang tertunda antara Russia dengan anda (blok Barat),” kata Zelensky kepada barisan pemimpin NATO.

Zelensky turut memaklumkan bahawa Ukraine memerlukan kedua-dua bantuan ketenteraan dan kewangan dengan jumlah AS$5 bilion sebulan daripada NATO.

Menurutnya,  kedua-dua bantuan kewangan adalah sama penting dan NATO menyedari bahawa bayaran bulanan tersebut adalah wajar dan munasabah.

“Hanya ini caranya untuk menamatkan perang dengan Kremlin dan ia menerusi sokongan penuh daripada  seluruh komuniti Euro-Atlantik.

“Selepas  konflik  berakhir,  Ukraine perlu diberi jaminan menganggotai kelompok Barat dan tidak lagi dilabel sebagai negara dalam ‘zon kelabu’ antara Russia dan NATO,” tegas Zelensky.

Russia menghantar pasukan tentera menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu dengan alasan Kiev gagal melaksanakan perjanjian Minsk untuk mengiktiraf status istimewa wilayah Donetsk dan Lugansk. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI