fbpx

12 kedai diarah tutup kerana promosi arak percuma kepada pelanggan nama Muhammad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bar Holywings sudah ditutup pihak berkuasa dan permit perniagaan juga sudah dirampas. - JPNN

JAKARTA – Polis Indonesia menahan enam pekerja bar di Holywings Kelapa Gading, Jakarta Utara atas kesalahan menghina agama Islam dalam mempromosi arak kepada pelanggan, lapor laman Thaiger News kelmarin.

Bar tersebut membuat promosi menawarkan minuman keras percuma kepada pelanggan bernama Muhammad dan Maria bagi meraih publisiti.

Muhammad yang merupakan nama Rasulullah adalah nama bagi ramai lelaki di Indonesia.

Penggunaan nama Muhammad dianggap sebagai menghina Nabi Muhammad terutamanya  apabila minuman yang ditawarkan adalah arak. Islam mengharamkan minuman keras.

Pihak berkuasa juga menutup 12 cawangan Holywings di ibu kota Indonesia, Jakarta dan merampas permit operasi rangkaian itu.

Holywings juga telah memohon maaf atas promosi itu dan berkata ia dicipta tanpa disedari oleh pihak atasan pasukan pengurusannya.

Pihak tersebut juga telah memadamkan siaran promosi itu di media sosial. Menurut laporan polis, pekerja-pekerjanya  membuat promosi itu dalam usaha untuk memenuhi sasaran jualan yang ditetapkan majikan.

Undang-undang melarang penghinaan agama Islam di Indonesia merangkumi perbuatan  memfitnah agama, memujuk seseorang untuk menjadi kafir, mengganggu upacara keagamaan atau membuat bising berhampiran masjid. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI