fbpx

Pemandu maut, enam kanak-kanak 7 tahun cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kanak-kanak yang cedera apabila kenderaan dinaiki mereka dirempuh sebuah lagi kenderaan di Jalan Saujana Utama.

SUNGAI BULOH – Seorang lelaki maut manakala enam kanak-kanak berusia tujuh tahun cedera apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki dirempuh sebuah lagi MPV jenis Proton Exora di Jalan Saujana Utama, di sini pada tengah hari tadi.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1.08 tengah hari sebelum enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati berlaku kemalangan melibatkan dua buah MPV jenis Proton Exora dan Perodua Aruz.

“Kemalangan berlaku apabila kereta jenis Perodua Aruz yang dipandu seorang wanita bersama penumpang itu telah keluar dari simpang dan merempuh sebuah lagi MPV jenis Proton Exora yang dipandu seorang lelaki bersama enam murid sekolah rendah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Keadaan lokasi kemalangan di Saujana Utama, Sungai Buloh tengah hari tadi.

Jelasnya, pemandu Proton Exora yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun itu disahkan mati di lokasi kejadian.

Tambah Norazam, kesemua murid yang baru pulang dari persekolahan sesi pagi itu hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Pemandu dan penumpang Perodua Aruz pula hanya mengalami kesukaran untuk bernafas tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan turut dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI