fbpx

Lima dekad menyanyi, Hetty Koes Endang masih berguru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HETTY KOES ENDANG

LIMA dekad mengukuhkan nama di pentas hiburan, Hetty Koes Endang mengakui hingga kini masih mendapatkan khidmat guru vokal sebelum menghadapi persembahan mega.

Katanya, selain memantapkan stamina menerusi aktiviti fizikal, seseorang penyanyi tidak perlu malu untuk memantapkan vokal semula dengan menyertai kelas, terutamanya jika sudah lama tidak beraksi.

“Tidak dinafikan, seiring peredaran usia, vokal mengalami perubahan tetapi ada cara untuk menjaganya. Saya berenang dan bersenam, selain panggil cikgu ajar kembali teknik-teknik vokal.

“Sudah bertahun menyanyi, saya tetap perlukan pertolongan mereka yang arif. Malu? Tidak sama sekali, buat apa perlu rasa malu?

PENGHIBUR tersohor Indonesia ini akan mengadakan sambutan Jubli Emas dalam kariernya dengan sebuah konsert di Kuala Lumpur pada 27 Ogos depan.

“Apabila sudah lama dalam industri, kita juga jangan menyombong. Rasa diri sudah yang terbaik, tidak perlu tunjuk ajar lagi. Untuk apa sombong begitu?

“Saya sendiri panggil cikgu kali ini disebabkan ketika fasa pandemik dahulu, banyak persembahan langsung tertunda, jadi kena benar-benar siap untuk konsert di Kuala Lumpur nanti,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Penghibur tersohor Indonesia itu ditemui pada sidang media Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang yang akan berlangsung pada 27 Ogos depan.

Berlangsung di Hotel Berjaya Times Square, majlis makan malam yang membariskan 15 dendangan malar segar tersebut turut mendapat sentuhan pengarah muzik berpengalaman, Datuk Ramli MS.

Berkongsi mengenai acara kelolaan Mahajaya Empire tersebut, kata Hetty yang mesra disapa Bunda, peluang meraikan sambutan ulang tahun ke-52 tahun sebagai penghibur di Malaysia adalah satu hadiah paling manis buatnya.

Rumah kedua

Kongsi figura yang kerap berulang- alik antara Jakarta dan Kuala Lumpur itu, negara ini adalah rumah keduanya apatah lagi keluarganya pernah tinggal di sini selama lima tahun.

“Hakikatnya, hati saya cukup dekat dengan peminat di Malaysia. Bukan tidak mahu adakan di Indonesia. Perancangan memang ada, tetapi banyak rencana terbantut dua tahun disebabkan pandemik Covid-19.

“Akhirnya ajakan rakan lama dari Mahajaya Empire untuk meraikan hari bersejarah ini direalisasikan bersama peminat Malaysia terlebih dahulu. Insya-Allah, jika ada rezeki dapat diadakan di Jakarta pula.

MESKIPUN berstatus penghibur tersohor, namun Hetty tidak pernah malu berguru demi memantapkan vokalnya.

“Terima kasih Malaysia kerana masih menerima Bunda untuk menghiburkan anda semua. Insya-Allah, Bunda masih sihat dan mampu menghiburkan semua.

“Sewaktu pulang ke Jakarta selepas lima tahun menetap di sini, saya selalu rindukan suasana bazar Ramadan dengan jualan aneka juadah. Meriah sekali!” katanya teruja.

Menyingkap kedekatan dengan peminat, wanita ramah itu masih kerap diundang menjadi juri program realiti tempatan sehingga membuatkan anak kecil turut mengenalinya.

Sepanjang tempoh lebih 50 tahun memahat nama sebagai penghibur disegani, pemilik nama sebenar Hetty Koes Madewi itu sudah merakamkan 150 buah album dalam pelbagai genre, sekali gus mencatat rekod dan sejarah di Indonesia.

Terbaharu, Muzium Rekor Indonesia (MURI) menyampaikan anugerah Artis Penyanyi Wanita Dengan Jumlah Rakaman Lagu Komersial Terbanyak kepadanya.

Setiap tahun, secara purata Hetty merakamkan tiga album setahun dengan jumlah dendangan terkini sudah mencecah sebanyak 1,600 lagu dalam pelbagai genre.

Antara seleksi popular yang menjadi siulan adalah Berdiri Bulu Romaku, Demi Cinta Nih…Ye, Kasih, Hati Lebur Jadi Debu, Benci Tapi Rindu dan Tak Ingin Sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI