fbpx

13 premis perjudian diserbu, 44 individu diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proses pemotongan elektrik di 13 premis perjudian sekitar Cheras.

KUALA LUMPUR – Seramai 44 individu diberkas menerusi serbuan Ops Dadu ke atas 13 premis perjudian sekitar daerah Cheras yang dijalankan bermula 17 Januari hingga 28 Februari lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Annas Sulaiman berkata, kesemua premis terbabit diambil tindakan pemotongan bekalan elektrik mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menjalankan aktiviti perjudian haram.

“Sepanjang tempoh tersebut, polis telah merampas sebanyak 168 unit komputer riba, lapan buah tablet serta tiga buah telefon bimbit.

“Nilai rampasan melibatkan kesemua 13 serbuan berkenaan dianggarkan berjumlah RM6,027,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, kesemua kes kini disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Tambahnya, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti terbabit.

“Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan melalui talian hotline Polis Cheras di 0392845050/ 5051, Polis Kuala Lumpur 0321159999 atau mana-mana balai berdekatan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI