BEKAS anggota kumpulan K-pop popular, Izone, Choi Ye-na menafikan dakwaan netizen kononnya dia kini berperang dingin dengan anggota kumpulan yang lain.
Menerusi satu temu bual baru-baru ini, Ye-na sekeras-kerasnya menyangkal tohmahan tidak berasas tersebut, sekali gus bertegas hubungannya dengan semua ahli dalam keadaan baik.
“Saya masih mempunyai hubungan rapat dengan setiap ahli Izone.
“Setiap daripada mereka bekerja secara solo, tetapi apabila bertemu di mana-mana acara muzik, hubungan itu sama seperti bertemu rakan sekelas,” katanya.
Kenyataan tersebut sekali gus menangkis dakwaan kononnya Ye-na menjauhkan diri daripada anggota kumpulan Izone yang lain selepas masing-masing membawa haluan solo.
Dalam perkembangan lain, Ye-na, 23, kini mempersiapkan dirinya untuk melancarkan album solo seterusnya tidak lama lagi.