fbpx

Pengarah urusan, CEO hadap 60 pertuduhan terima wang deposit tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Nasri (kiri) dan Abdul Wahab diiring anggota polis bagi pertuduhan menerima wang deposit tanpa lesen sah bernilai hampir RM1 juta di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini.- Foto IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Seorang pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat pelaburan mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas 60 pertuduhan menerima wang deposit tanpa lesen sah bernilai hampir RM1 juta.

Kedua-dua tertuduh, Mohd Nasri Abdul Rahim, 36 dan Abdul Wahab S Mohd. Mydin,53, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Noor Aini Yusof dan Norhayati Mohd. Yunus.

Mengikut 30 pertuduhan di hadapan Noor Aini, Mohd Nasri didakwa menerima deposit daripada tiga individu tanpa lesen sah di beberapa lokasi sekitar Pulau Pinang bermula dari April 2019 sehingga 14 Februari 2020.

Abdul Wahab pula dituduh atas 30 pertuduhan bersubahat dengan Mohd Nasri membabitkan individu, lokasi dan tarikh yang sama.

Pendakwaan terhadap kedua-dua tertuduh dibuat mengikut Seksyen Seksyen 137(1) akta sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 137(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda sehingga RM50 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fazliyana Ahmad dan Qatrin Nada Harun.

Mohd Nasri diwakili peguam bela, S. Raveentharan manakala Abdul Wahab diwakili Muhamad Shahrul Nizam Md Roni.

Mahkamah membenarkan Mohd Nasri diikat jamin RM212,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Abdul Wahab pula dibenarkan ikat jamin RM126,000 dengan seorang penjamin dan sebagai syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah serta menetapkan 1 Ogos depan untuk sebutan semula kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI