fbpx

Netizen terkejut Bella, Gigi Hadid tampil dengan gaya rambut separa botak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penampilan Gigi (kiri) dan Bella (kanan) yang mempamerkan gaya rambut separuh botak dan kening yang dilunturkan. - Getty Images

BANDAR RAYA NEW YORK – Adik-beradik supermodel Gigi dan Bella Hadid membuat penampilan mengejutkan di pentas peragaan koleksi musim luruh Marc Jacobs apabila tampil dengan bulu mata yang dilunturkan, rambut hadapan gaya ‘bang’ dan kepala separa botak.

Transformasi dramatik mereka kemudian didedahkan sebagai hasil kerja artis seni prostetik yang mengubah penampilan kedua-dua wanita itu  dengan bantuan topi botak, rambut palsu dan alat solek, lapor stesen penyiaran CNN.

Gigi menyarung baju sejuk merah jambu yang besar dan skirt kelabu,  manakala Bella memakai gaun vinil hitam dengan sarung tangan opera.

Pasangan adik-beradik Hadid adalah antara sebilangan model yang tampil di pentas peragaan  dengan gaya rambut dramatik termasuk memakai rambut palsu ikatan ‘ponytail’ zaman angkasa.

Bella turut berkongsi rakaman solekan belakang pentas bagi menghasilkan penampilan estatiknya.

Imej itu mencetuskan reaksi bercampur-campur dan kebimbangan netizen  yang pada mulanya percaya mereka mencukur kepalanya secara nyata. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI