fbpx

Mahkamah Kelantan kendali lebih 70 peratus kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mas Ermieyati (dua dari kanan) semasa mengadakan lawatan di Kompleks Mahkamah Kota Bharu di Tunjong hari ini. - Foto oleh ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Lebih 70 peratus kes yang dikendalikan oleh Mahkamah Rendah hingga ke Mahkamah Tinggi di Kelantan melibatkan jenayah berkaitan dadah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia sekali gus menunjukkan kes dadah di negeri ini serius dan cabaran mendepani gejala berkaitan bahan terlarang tersebut sangat besar.

Menurutnya, walau bagaimanapun, lambakan kes dadah bukan hanya dicatatkan di mahkamah Kelantan, malah di beberapa negeri lain.

“Sehubungan itu, kempen kesedaran dadah perlu dijalankan secara berterusan di semua peringkat dan bukannya bermusim bagi mengekang gejala ini dalam kalangan masyarakat.

“Saya memandang serius hal ini. Hal tersebut telah dibawa ke tengah termasuk dengan mengadakan perbincangan dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan,” katanya selepas melawat Kompleks Mahkamah Kota Bharu di Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Ahli Parlimen Masjid Tanah itu, kes sivil melibatkan pengurusan tanah merupakan antara kes kedua tertinggi yang dikendalikan di mahkamah negeri ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kawalan keselamatan di seluruh kompleks mahkamah di negara ini akan ditingkatkan bagi mengelakkan insiden pergaduhan seperti yang berlaku di Mahkamah Shah Alam berulang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI