fbpx

Imej seksi sering dikritik, Nora Danish mula peka soal berpakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERING dikecam gara-gara penampilan seksinya, Nora beranggap, masyarakat ada hak melontarkan pendapat masing-masing.

KUALA LUMPUR – Sering kali menjadi bahan kecaman dan perhatian netizen berhubung penampilan seksi dalam media sosial, pelakon Nora Danish mengakui dirinya kini mula peka mengenai cara berpakaian.

Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 40, berkata, kecaman yang dilemparkan kepadanya ada kalanya bersifat positif sekali gus dapat menyedarkannya mengenai cara menggayakan sesuatu pakaian selepas ini.

“Sebenarnya kadang-kadang kata-kata netizen buat saya terfikir dua tiga kali juga sebelum nak menggayakan pakaian.

“Mungkin saya ini seorang yang tidaklah terlalu seksi di mata saya sendiri. Tapi bila orang kata seksi, mungkin lepas ini saya akan kurangkan berkongsi dalam laman sosial,” katanya.

Nora ditemui ketika majlis tayangan perdana filem berjudul 7 Minggu Sebelum Kahwin terbitan KRU Studios di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Nora secara terbuka beranggapan masyarakat berhak untuk menyuarakan pendapat mereka tentang dirinya.

“Sebenarnya saya tak suka berlawan-lawan atau mencari pasal dengan netizen sebab bagi saya, mereka ada hak untuk bercakap apa pun.

“Bidang yang saya ceburi ini pun ada kait rapat dengan masyarakat terutamanya peminat. Apa yang mereka katakan, saya anggap sebagai satu doa,” katanya.

Pada masa sama, Nora yang popular menerusi sitkom Puteri memberitahu, dia bersyukur kerana suami iaitu Nedim Nazri Aziz sentiasa tenang apabila dirinya berdepan dengan kecaman dan kata-kata nista netizen.

“Nasib baik saya dikurniakan suami yang sangat kuat. Dia pun okey dan tenang saja. Macam saya katakan, dia pun kahwin dengan selebriti.

“Jadi dia kena faham selok-belok dalam industri macam mana. Dia tenang saja sebab ada lagi masalah lebih besar untuk kami difikirkan.

Terdahulu, penampilan seksi dan imejnya yang mencolok mata dan terkinja-kinja dalam media sosial sering kali menjadi perhatian serta kecaman netizen yang menyifatkan Nora seakan-akan tidak sedar statusnya sebagai seorang wanita Muslim dan ibu kepada tiga orang anak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI