fbpx

Demi maruah, Puteri Sarah saman Ira Kazar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarah (tengah) bersama wakil peguam selepas memfailkan aduan terhadap Ira di Jabatan Agama Islam Selangor pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Pelakon Puteri Sarah bertindak memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor berhubung gangguan dan pemerasan yang diterimanya daripada anak kepada pelakon veteran Kazar, Faghirah Fatini Kazaruddin atau Ira Kazar.

Menurut Puteri Sarah, kedua-dua tindakan tersebut dilakukannya hari ini sekali gus memerintahkan defendan (Ira) berhenti melakukan gangguan dan pemerasan terhadapnya di mana-mana platform media sosial atau media.

“Tujuan mengapa saya lakukan semua ini adalah untuk maruah saya yang sudah lama tercalar dan selama ini saya diamkan.

“Sebenarnya perkara ini tidak akan berlarutan sebegini sekiranya saya tidak diganggu pihak ketiga (Ira) yang mencabar saya. Jadi inilah harinya,” katanya.

Tambah Puteri Sarah, dia enggan berdalih setelah sekian lama berdepan pelbagai gangguan yang dilayangkan Ira yang didakwa kekasih kepada suaminya, Syamsul Yusof.

“Sebelum ini, memang saya ada terfikir untuk bertindak. Saya terfikir, jika teruskan dengan tindakan ini, apa akan berlaku kepada saya, rumah tangga, pekahwinan dan keluarga saya.

“Sebelum mengerjakan umrah, saya masih was-was. Tak nampak hala tuju. Tetapi selepas melaksanakan umrah, Allah telah nampakkan jalan kepada saya tentang apa yang perlu saya lakukan.

“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk diri saya, keluarga saya. Sampai bila saya nak kena pijak macam ini,” ujarnya.

Pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu turut mempertahankan tindakannya itu demi memperjuangkan haknya.

“Saya ada membaca mesej-mesej yang dihantar daripada wanita lain yang melalui perkara dan nasib sama.

“Saya buat begini untuk mempertahankan hak saya. Dah ambil orang punya, duduk diam-diam. tak perlu canang satu dunia. Kacau isteri, keluarga dan orang sekeliling. Dah ambil orang punya, duduk diam-diam,” ujarnya.

Puteri Sarah diwakili peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader, Umi Kartini Abd Latiff dan Siti Natasha Basheer Hassan.

Sementara itu, Umi Kartini berkata, dia dan anak guamnya telah mendapatkan perintah interim injuksi yang antara lain memerintahkan defendan agar berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial atau mana-mana platform media.

Katanya, perintah dan permohonan tersebut telah dihantar kepada defendan pada 28 Jun lalu dan telah diterimanya.

“Dia (Ira) diperintahkan untuk hadir ke mahkamah seksyen pada 4 Julai depan,” katanya.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan selebriti itu berlarutan sejak empat tahun lalu selain Puteri Sarah mengesahkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul gara-gara gangguan orang ketiga.

Dia sebelum ini mendedahkan Ira berterusan mengganggunya dan Syamsul sejak tahun 2019 lagi.

Pelakon berkenaan juga mendakwa individu terbabit melakukan gangguan-gangguan berkenaan dengan bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial palsu yang diciptanya.

Sebelum ini, tular dalam media sosial yang mengatakan pengarah filem Mat Kilau itu sudah pun berkahwin dengan Ira, namun dinafikan Syamsul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI