fbpx

Polis cari pemandu tular guna lorong motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan sebuah kereta menggunakan lorong motosikal di Lebuh Raya Persekutuan.

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta yang tular memandu di lorong motosikal di kilometer 34.1 Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Shah Alam di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Bahagian Pengutkuasaan Siasatan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini mengesan satu video tular memaparkan sebuah kenderaan Honda City memandu di lorong motosikal.

“Satu laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengantkutan Jalan (APJ) 1987.

“Kejadian tersebut Bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu katanya, pihak polis menyeru pemilik atau pemandu kereta serta mana-mana saksi yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

“Individu terlibat serta saksi boleh tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik Sarjan Ahmad Termizi Abdul Halim di talian 013-3752511.

“Pihak polis juga ingin mengingatkan serta memohon semua pengguna jalan raya agar mematuhi arah papan tanda jalan bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI