fbpx

Harga RON95, RON 97 dan diesel kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95, RON97 dan Diesel masing-masing kekal pada paras RM2.05, RM4.84 dan RM2.15 seliter bagi tempoh bermula tengah malam ini sehingga 6 Julai depan.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, penetapan tersebut dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Pengekalan harga ini ditetapkan sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI