fbpx

Harimau Selatan sudah berada pada tahap berbeza – Maniam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANIAM akur bahawa JDT berada di tahap yang berbeza ketika menyaksikan PJ City dibenam 4-0 pada aksi Liga Super di Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin. – RAJA JAAFAR ALI

HANYA disebabkan kesilapan kecil dengan memberi sedikit ruang percubaan, Petaling Jaya City FC (PJ City) telah dihukum oleh Johor Darul Ta’zim (JDT), kata pengendali pasukan, P. Maniam yang terkilan dengan kekalahan 4-0 pada aksi Liga Super kelmarin.

Maniam berkata, pada awalnya pemain sudah bermain corak pertahanan defensif kompak hingga menutup ruang buat Harimau Selatan mengatur gerakan dan pada masa sama menunggu peluang untuk melakukan serang balas sehingga hampir mencipta gol pada minit ke-19.

Katanya, walaupun mereka sudah memberikan aksi terbaik, namun JDT berjaya mencipta peluang untuk meme­cahkan kebuntuan menerusi rembatan Bergson Da Silva dari luar kotak penalti berpunca daripada sedikit ruang diberikan.

“Pemain sudah bekerja keras malam ini apabila mempertahankan gawang daripada dibolosi sama ada menerusi gerakan satu dua, hantaran lintang ke dalam kotak penalti mahupun set piece. Malang­nya mereka berjaya mencipta ­ruang untuk melakukan percubaan dari luar kotak penalti.

“Kesilapan kedua pasukan ialah memberikan sepakan percuma kepada pasukan lawan di zon bahaya yang menyebabkan kami dihukum setelah Fernando Forestieri memanfaatkan peluang itu, sekali gus meruntuhkan semangat juang pemain untuk bangkit.

“Saya sedikit kecewa dengan keputusan perlawanan malam ini kerana kami sudah membuat persediaan lebih daripada seminggu termasuk mengadakan perlawanan persahabatan, namun ini membuktikan JDT berada di tahap yang berbeza,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Maniam menambah, para pemain akan diberikan rehat mencukupi bagi melupakan kekalahan yang memeritkan itu sebelum kembali menyertai kem latihan untuk persiapan perlawanan seterusnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI