fbpx

CCTV suara wanita menjerit tular di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman CCTV seorang wanita menjerit dalam sebuah rumah tular di media sosial

PETALING JAYA – Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dipercayai kejadian jenayah yang turut kedengaran suara wanita menjerit tular di media sosial.

Video berdurasi satu minit 27 saat itu dimuat naik menerusi akaun TikTok memaparkan lokasi kejadian di dalam sebuah rumah.

Dalam video tersebut, kedengaran wanita itu menjerit dan menangis merayu tidak diapa-apakan selain kelihatan dua lelaki berpakaian gelap dan menutup muka menyuruhnya diam.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen mendakwa kejadian itu di sebuah rumah flat di Klang, Selangor dan dikatakan banyak kes pecah rumah dan curi motosikal di kawasan itu.

“Sayu hati dengar dia jerit merayu macam itu,” ujar seorang netizen.

“Bahayanya, tolong polis tangkap dengan segera. Penjahat harus dihapuskan, menyusahkan penduduk saja,” kata seorang lagi netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI