fbpx

Mahu jenguk kubur ibu bapa setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QASDINA AFIQAH (tengah) serta kakak, Qistina Amalia, dan abangnya, Mohd. Amirullah menatap gambar arwah ibu bapa mereka di telefon bimbit ketika ditemui di Kampung Pengkalan Binjai, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Anak bongsu pasangan Mohd. Abdika Razali dan Rabiatuladawiah Saufi yang maut dalam kemalangan sewaktu menaiki motosikal berkuasa tinggi pada hujung minggu lalu sering mengajak abang dan kakaknya melawat kubur mereka setiap hari bagi melepaskan rindu.

Qasdina Afiqah, 8, juga sering menatap gambar-gambar kenangan ibu bapa di telefon bimbit.

Nenek mereka, Samiyah Mamat, 63, berkata, cucunya itu sememangnya amat manja dengan ibu bapa mereka.

“Dia (Qasdina Afiqah) tidak pernah meluahkan apa-apa kepada kami tetapi perubahan riak mukanya jelas menunjukkan ke­rinduan itu.

“Selain memujuk dengan kerap memeluknya, saya juga meminta anak-anak saya lain membawanya dan dua adik-beradiknya berjalan-jalan menenangkan fikiran,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Pengkalan Binjai di sini semalam.

Samiyah berkata, Qistina Afiqah juga sering mengajak kakaknya, Qistina Amalia, 13, dan abangnya, Mohd. Amirullah, 16, menziarahi pusara ibu bapa mereka hampir setiap hari.

Dalam pada itu, dia berkata, sebelum kejadian, suaminya, Razali Yahya, 64, berhajat me­ngajak Mohd. Abdika menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci.

“Ayahnya (Razali) menguruskan pakej umrah. Oleh kerana kita sudah berada di fasa peralihan endemik, dia mengajak arwah, anak kedua saya (Mohd. Abdika) ke Tanah Suci selepas musim haji ini.

“Ikutkan memang terkilan tetapi apakan daya, arwah pergi mendahului kami sebelum sempat hajat tersebut ditunaikan,” katanya.

Isnin lalu Kosmo! melaporkan, Mohd. Abdika dan Rabiatuladawiyah yang hamil tiga bulan terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 68, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran ­Tanjung Jara, Dungun.

Sewaktu kejadian, mereka yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Aprilia RSV4 gagal mengelak sebuah kenderaan pelbagai guna, Toyota Innova yang dikatakan tiba-tiba keluar simpang.

Pasangan suami isteri berusia 36 tahun tersebut sebelum itu menghadiri perhimpunan motosikal berkuasa tinggi di Kuala Terengganu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI