fbpx

Jual 100kg musang king setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURIN SYAKIRA (kiri) melayan pelanggan di gerai duriannya di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Gua Musang semalam. – AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang peniaga wanita berjaya menjana pendapatan lebih RM3,000 sehari apabila dapat menjual 100 kilogram durian musang king di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Bandar Utama di sini setiap hari.

Nurin Syakira Hisam, 27, berkata, dia membuka gerai ­durian berhampiran Masjid Buluh, di sini untuk mencari pendapatan ­tambahan sejak dua ming­gu lalu.

Katanya, dia tidak menyangka buah durian musang king yang dijual pada harga RM38 sekilogram itu mendapat permintaan tinggi daripada pengguna jalan raya yang singgah untuk menunaikan solat di masjid itu.

“Saya bersyukur apabila setiap hari durian musang king berjaya dijual antara 100 sehingga 150 kilogram setiap hari.

“Saya mengambil durian ini daripada pekebun musang king di Kampung Temangan, dekat sini. Saya tidak menyangka permintaan durian musang king begitu tinggi kerana pengelua­rannya tahun ini amat terhad,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam di sini semalam.

Menurut Nurin Syakira, dia berniaga bersama suaminya, Muhammad Aarif Abdullah Zawawi, 27, seawal pukul 9 pagi.

Katanya, selain datang sendiri ke gerai mereka, tempahan durian boleh dilakukan melalui laman sosial Facebooknya iaitu Nurin Syakira.

“Kami jamin buah durian musang king ini tidak mengecewakan penggemar kerana ia berkualiti tinggi.

“Selain menjual durian musang king, kami juga menjual buah nanas jenis MD2 dan dapatlah menampung perbelanjaan kami berdua,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI