fbpx

Malacia semakin hampir sertai Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALACIA (kiri) bakal bersaing dengan Shaw sekiranya memilih untuk menyertai United pada jendela perpindahan kali ini. – AFP

LONDON – Manchester United dilaporkan telah bersetuju de­ngan nilai perpindahan £12.9 juta (RM69.28 juta) yang diletakkan oleh Feyenoord untuk melepaskan pemainnya, Tyrell Malacia.

Pemain berusia 22 tahun itu berada dalam radar United pada jendela perpindahan kali ini, namun mereka dicabar oleh pasukan dari Ligue 1 Perancis, Lyon.

Bagaimanapun, ketika run­dingan mendapatkan Frenkie De Jong masih berjalan, United meng­alihkan perhatian seketika untuk mendapatkan Malacia dengan tawaran itu serta £1.7 juta (RM9.13 juta) sebagai bayaran tambahan.

Ketika ini, segala keputusan mengenai perpindahan tersebut bergantung sepenuhnya kepada Malacia sama ada dia bersedia untuk ke Old Trafford.

United dilaporkan bersedia melepaskan khidmat Alex Telles selepas dilaporkan berjaya menarik minat beberapa pasukan.

“Persetujuan dengan United sudah dicapai. Kami hanya me­nunggu jawapan daripada Tyrell. Jika dia bersetuju, perpindahan ke United akan berlaku,” kata Pengarah Feyenoord, Frank Arnesen.

Sebelum ini, United turut menamakan pemain pertahanan Ajax, Nicolas Tagliafico sebagai alternatif sekiranya mereka gagal mendapatkan Malacia, namun ejen pemain itu yang turut mewakili De Jong mahu kedua-dua kliennya itu ke Old Trafford.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI