fbpx

Aura baharu selubungi kem latihan Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG (tengah) memperkenalkan beberapa peraturan baharu kepada pemain untuk memastikan United kembali fokus untuk memburu kejayaan. – TWITTER MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengurus baharu Manchester United, Erik Ten Hag tidak menunggu masa terlalu lama untuk membentuk pasukan terbaik apabila sudah memulakan latihan pramusim menjelang kempen 2022/23.

Meskipun pemain-pemain Uni­ted dilihat berada dalam keadaan ceria di padang latihan, namun mereka mungkin tidak mampu tersenyum lagi selepas ini kerana Ten Hag sedia menerap­kan latihan keras.

Walaupun ada beberapa pemain belum melaporkan diri, tetapi sebahagian besar bintang Uni­ted seperti David De Gea, Victor Lindelof, Anthony Martial, Donny Van De Beek dan Jadon Sancho sudah mula menjalani latihan.

Menurut jurucakap United, semua pemain melakukan yang terbaik pada sesi latihan kerana mahu menarik perhatian Ten Hag untuk menyenaraikan mereka dalam kesebelasan utama pasukan.

“Apa yang boleh dikatakan, saya dapat lihat aura positif di padang latihan kerana semua pemain seolah-olah tidak sabar untuk memulakan musim baharu. Erik (Ten Hag) juga dilihat cukup teruja mengendalikan latihan,” katanya.

Pada sesi latihan sulung itu, Ten Hag turut ditemani dua pembantunya, Mitchell van der Gaag yang dibawa bersama dari Ajax serta bekas pengurus skuad kebangsaan England, Steve McClaren.

Difahamkan, Ten Hag meletakkan syarat semua pemain perlu berada di padang latihan sebelum pukul 9 pagi dan mereka tidak dibenarkan pulang sebelum pukul 4 petang.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI