fbpx

Fokus Rafael Nadal kekal biarpun bimbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADAL mara ke pusingan kedua selepas berjaya menundukkan Cerundolo pada aksi pertama di Wimbledon. – AFP

LONDON – Meskipun bimbang dengan kes jangkitan Covid-19 di Wimbledon, namun bintang tenis Sepanyol, Rafael Nadal tidak berdepan masalah untuk melepasi pusingan pertama selepas bangkit mengatasi pemain Argentina, Francisco Cerundolo awal pagi semalam.

Pemain berusia 36 tahun tersebut yang melakukan kejutan menjuarai Terbuka Austra­lia dan Terbuka Perancis tahun ini mempamerkan persembahan cukup baik dengan mengatasi pilihan ke-41, Cerundolo 6-4, 6-3, 3-6, 6-4.

Namun, Nadal mengakui kali ini dia turun ke Wimbledon de­ngan langkah berhati-hati terutama beberapa pemain utama se­perti Matteo Berrettini yang juga naib juara Wimbledon 2021 dan pilihan untuk menjulang gelaran tahun ini, menarik diri daripada kejohanan, selepas positif Co­vid-19.

Dia adalah pemain kedua menarik diri daripada Wimbledon kerana Covid-19 dalam tempoh dua hari selepas naib juara 2017, Marin Cilic dari Croatia turut di­uji positif.

“Bila Krejcikova mengatakan dia dijangkiti Covid-19, seluruh bilik persalinan sakit. Kemungkinan semua pemain ada simptom atau mengalami selesema.

“Saya akui apa-apa sahaja boleh berlaku, tetapi buat masa ini saya berasa baik. Pasukan memberitahu saya bahawa jika anda menjalani ujian dan positif, anda diarahkan untuk menarik diri daripada kejohanan ini.

“Saya tidak tahu, jika anda positif, tetapi masih boleh bermain. Bagi saya, kita perlu meng­ikuti peraturan dan jika tidak dunia akan menjadi huru-hara.

“Apapun, saya gembira kerana dapat kembali beraksi di sini ke­rana sudah tiga tahun tidak berada di sini terutama untuk beraksi di gelanggang rumput,” katanya.

Wimbledon dibatalkan pada musim 2020 akibat pandemik Covid-19, namun ia kembali dianjurkan pada tahun lepas dengan protokol ketat ekoran penularan wabak itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI