fbpx

MK K-Clique tak kisah berjodoh dengan wanita berusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon popular, MK K-Clique tidak menolak seandainya ditakdirkan berjodohan dengan wanita lebih berusia daripadanya.

MK berkata, secara peribadi dia melihat wanita lebih berusia mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri selain lebih matang dalam segenap aspek.

“Andai ditakdirkan jodoh saya dengan wanita yang sedikit berusia daripada umur saya, saya okey saja dan tiada masalah.

“Lagipun kalau kita tengok ramai saja lelaki sekarang bercinta dan bernikah dengan wanita lebih berusia.

“Pada saya, perkara tersebut (beza umur) tidak perlu dijadikan isu apatah lagi persoalan. Asalkan hubungan yang dibina berkekalan dan bahagia pun sudah mencukupi,” katanya.

MK ditemui pada majlis tontonan perdana filem 7 Hari Sebelum Kahwin terbitan KRU Studios & Bloombordia Sdn. Bhd. yang turut dijayakan pelakon Nora Danish, Sham Visa, Yassin, Ropie, Alya Iman, Vaneesa Reynauld dan Azizah Mahzan.

Filem yang bakal menemui penonton bermula 7 Julai nanti menerusi saluran Astro First tersebut menyaksikan MK memegang watak sebagai Amar Baharom dan bercinta dengan Syifa (Nora Danish) yang lebih berusia daripadanya.

Diminta kesahihan tentang status percintaannya dengan wanita yang sering diperkatakan netizen dalam media sosial, rapper kumpulan K-Clique dengan nama lengkap Muhammad Hairi Amin Hamdan itu tidak mengiyakan dan tidak juga menidakkan persoalan tersebut.

“Saya sedang dalam proses memperbaiki diri dan menyayangi semua orang yang ada di sekeliling saya.

“Mereka termasuklah keluarga dan sahabat-handai yang sentiasa ada di sisi menyokong kerjaya seni saya selama ini.

“Kalau dah sampai masanya (kahwin) dan tiba giliran, saya janji akan beritahu dan uar-uarkan kepada semua. Benda baik kita kenalah kongsi,” katanya.

Terdahulu, pada pertengahan Mei lalu, tular sebuah video dalam media sosial dipercayai penyanyi rap kegilaan ramai itu sedang berpegangan tangan dengan seorang wanita yang didakwa teman wanitanya.

Menerusi video tersebut, MK dilihat menghadiri sebuah majlis di sebuah dewan dan berpakaian sedondon berona hitam dengan wanita yang dipercayai bergelar usahawan kelahiran Kuantan, Pahang itu.

Sebelum itu, MK, 25, turut pernah mencetuskan huru-hara dalam kalangan peminat wanitanya apabila memuat naik foto bersama seorang wanita dalam Instagram dengan kapsyen romantis dipercayai ditujukan kepada wanita itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI