fbpx

Rayuan BPN 2.0 boleh dibuat mulai 15 Oktober depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Permohonan baharu bantuan wang tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 akan dibuka mulai 15 Oktober hingga 15 November depan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan membuka ruang untuk rayuan bagi individu yang tidak pernah menerima BPN atau Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini.

“Pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa permohonan.

“Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tengku Zafrul berkata, permohonan baharu boleh dibuat dengan menghantar borang secara persendirian ke cawangan atau Pusat Khidmat Hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri atau melalui pautan https://bpn.hasil.gov.my.

“Borang permohonan boleh dimuat turun daripada pautan tersebut,” katanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lalu mengumumkan pemberian BPN 2.0 kepada 10.6 juta isi rakyat meliputi peruntukan sebanyak RM7 bilion yang akan disalurkan secara berfasa mulai hujung Oktober depan.

Di bawah BPN 2.0, kira-kira 3.7 juta isi rumah B40 akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 manakala 3.8 juta individu bujang kumpulan sama menerima bantuan RM500.

Golongan M40 berkeluarga dan bujang masing-masing akan menerima bantuan RM600 dan RM300. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI