fbpx

Polis kesan individu terlibat pergaduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis sedang giat mengesan kira-kira 20 individu yang didapati bergaduh sehingga merosakkan beberapa buah kenderaan di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling di sini kira-kira pukul 2.30 pagi Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian tersebut daripada salah seorang pemilik kenderaan yang dirosakkan ketika kejadian.

“Pengadu merupakan seorang lelaki tempatan telah pergi ke sebuah gerai bersama rakan-rakannya menaiki kereta yang kemudian diletakkan di tepi jalan.

“Bagaimanapun, semasa sedang makan bersama rakan-rakannya tiba-tiba terdapat dua kumpulan lelaki seramai lebih kurang 20 orang sedang merusuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kesemua lelaki itu bergaduh antara satu sama lain menggunakan senjata besi dan botol arak.

“Didapati lelaki-lelaki tersebut telah merosakkan beberapa buah kereta yang berada di sana termasuk kereta pengadu.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kereta pengadu mengalami kerosakan pecah cermin belakang dan cermin penumpang belakang sebelah kanan,” jelasnya.

Amihizam berkata, kes telah disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 2 tahun, atau denda atau dengan kedua-duanya.

“Orang awam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri atau bersubahat dengan mana-mana orang dan menjalankan apa-apa aktiviti yang boleh terjumlah kepada perbuatan jenayah.

“Sekiranya orang awam mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian di atas boleh menghubungi talian
Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI