fbpx

Gempa bumi sederhana gegar Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 skala Ritcher dilaporkan berlaku di Taiwan pada 9.43 malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalysia) dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 22.0 darjah Utara dan 120.3 darjah Timur.

Peta kawasan gempa bumi yang dilaporkan berlaku di Taiwan sebentar tadi.

“Kejadian itu berlaku dengan kedalaman 57 kilometer (km) dan 64km Selatan dari Kaohsiung, Taiwan.

“Bagaimanapun, susulan gempa bumi itu tiada ancaman tsunami berikan kepada Malaysia,” katanya di sini tadi.

Dalam pada itu, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan tiga buah negeri iaitu Perak, Kelantan dan Pahang sehingga pukul 1 pagi nanti.

“Amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat berserta ribut petir yang dijangka melanda daerah Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar di Perak.

“Selain itu, cuaca sama turut dijangka berlaku di Gua Musang, Kelantan, Tanah Tinggi Cameron serta Lipis di Pahang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI