fbpx

5 maut kereta bertembung treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa yang maut dalam kejadian kemalangan melibatkan kereta dan treler di Kilometer 36 Jalan Kuantan-Segamat di sini hari ini.

KUANTAN – Lima maut dalam kejadian kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta dengan sebuah treler di Kilometer 36, Jalan Kuantan-Segamat di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 3.20 petang itu, mangsa yang maut terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa, dua kanak-kanak perempuan serta seorang bayi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang bergegas ke tempat kejadian mendapati lima mangsa tersepit di dalam kereta.

“Kesemua lima mangsa yang menaiki kereta meninggal dunia manakala dua lelaki dewasa menaiki lori treler selamat,” atanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI