fbpx

Puji kejantanan suami, Venna Melinda buat orang menyampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VENNA MELINDA bersama suami baharunya, Ferry Irawan.

PELAKON yang juga bergelar ahli politik Venna Melinda membuatkan netizen naik meluat apabila secara terbuka bercerita tentang kehebatan suaminya ketika ‘diranjang’.
Venna, 49, yang baru sahaja beberapa bulan berkahwin dengan suami keduanya itu tanpa rasa malu mendedahkan kisah dalam kain hubungan kelaminnya kepada umum ketika ditemu bual dalam saluran YouTube, Orami Entertainment.

Dalam temu bual tersebut, pelakon yang pernah membintangi sinetron Maha Pengasih itu secara terbuka mengakui tidak sangka suaminya boleh melakukan hubungan kelamin dengannya sebanyak dua kali dalam sehari.

“Saya tidak sangka dia (suami) boleh ‘bersama’ dengan saya sebanyak dua kali sehari.

“Malah perkara itu berlaku pada setiap hari,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, Venna turut memuji ‘kejantanan’ suaminya yang dianggap cukup luar biasa berbanding dengan bekas suami terdahulu.

Pendedahan Venna sekali gus membuatkan peminatnya berasa jijik dan meluat, lebih-lebih lagi perkahwinannya dengan lelaki berusia 45 tahun itu telah mendapat tentangan hebat daripada netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI