fbpx

Bomba Kelantan perkemas kemahiran menyelamat mangsa di air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang menjalani latihan di air semasa Kursus Pengukuhan Pemandu Bot di Pulau Ular, Pengkalan Kubor dekat Tumpat hari ini.

TUMPAT – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan terus memperkemaskan kemahiran kepada semua pegawai dan anggota terutama tugas menyelamat mangsa banjir atau lemas.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, kebanyakan daripada mereka ketika ini sudah mempunyai pengalaman dalam tugasan masing-masing.

“Bagaimanapun, kita akan terus memperkemaskan kemahiran seramai 700 pegawai dan anggota yang bertugas di 22 balai bomba di negeri ini dalam aspek menyelamat di air.

“Semua pegawai dan anggota tidak kira sudah lama berkhidmat atau baru menyertai JBPM perlu menyertai latihan bagi memudahkan sebarang pergerakan menyelamat tidak kira berada di mana-mana pun,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Kursus Pengukuhan Pemandu Bot JPBM Kelantan di Pulau Ular, Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zainal berkata, meskipun tugas bomba memadam kebakaran, namun tugas menyelamat mangsa ketika banjir dan lemas juga penting.

Katanya, fenomena atau peralihan monsun tidak menentu ketika ini sekali gus menjadikan persiapan itu adalah wajar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI