PENTAS berprestij Panggung Sari, Istana Budaya menjadi saksi kehadiran penyanyi Aina Abdul dalam industri muzik tanah air bukan main-main. Baru sahaja bertapak dalam industri seni hiburan sejak sekitar lima tahun, tekad dan cita-cita besar Aina untuk menganjurkan konsert sulungnya termakbul pada 25 dan 26 Jun lalu biarpun terpaksa mengerah keringat dan air mata. Semua itu demi menggapai antara impian wajib sebagai anak seni. Jiwa penyanyi berusia 29 tahun itu cukup teguh mahu bergelar seorang penghibur. Lontarkanlah apa sahaja kritikan atau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya