fbpx

Persiaran Institut rasmi tukar Persiaran Tun Arshad Ayub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja penukaran nama Persiaran Institut kepada Persiaran Tun Arshad Ayub.

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi penukaran nama Persiaran Institut di Seksyen 1, di sini kepada Persiaran Tun Arshad Ayub.

Pertukaran tersebut bersempena nama Pengarah pertama Institut Teknologi Mara (kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara).

Menurut Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, pertukaran nama persiaran ini merangkumi jalan sepanjang 1.62 kilometer.

Katanya, ia bermula dari Bulatan Bistari (Seksyen 2 dan Seksyen 3) hingga ke persimpangan lampu isyarat berhampiran Universiti Selangor (Unisel) Seksyen 7 di sini.

“Pertukaran nama Persiaran ini adalah bagi mengenang jasa Allahyarham Tun Arshad Ayub yang merupakan tokoh pendidikan negara yang dihormati dan disegani serta banyak berjasa dalam memperkasakan sistem pengajian tinggi negara khususnya pembangunan di UiTM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! pada 23 Jun lalu melaporkan Sultan Sharafuddin menitahkan supaya nama Persiaran Institut, Seksyen 1 di sini ditukar kepada Persiaran Tun Arshad Ayub.

Allahyarham Tun Arshad, 93, menghembuskan nafas terakhirnya di KPJ Damansara Specialist Hospital pukul 2.06 pagi, 14 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI