fbpx

Kilang kitar semula barangan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang memadam kebakaran kilang kitar semula di Jalan Tiram 8, Taman Perindustrian Tiram, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Sebuah kilang memproses barangan kitar semula di Jalan Tiram 8, Taman Perindustrian Tiram di sini musnah dijilat api dalam kebakaran awal pagi hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Tahrin Saat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.52 pagi.

Menurutnya, 26 anggota dari BBP Tebrau dan Larkin bersama tujuh jentera diaturgerak ke lokasi kejadian.

“Sejurus Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di lokasi kejadian mendapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah kilang kitar semula berkeluasan 4 kaki x 70 kaki.

“Kebakaran melibatkan 30 peratus keseluruhan kilang manakala stor simpanan yang berada di luar bangunan kilang terbakar 70 peratus,”katanya.

Tahrin berkata, PKO bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan tiga aliran dan tujuh pancutan sumber air daripada pili bomba berhampiran kilang berkenaan.

Jelasnya, kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau mangsa.

Katanya, kerja-kerja pemadaman masih dijalankan sehingga kini dan sedang menunggu ketibaan bantuan jentera berat yang lain.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI