fbpx

Keluarga di Indonesia kerap minta wang punca wanita cuba bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Farouk

AMPANG – Cubaan seorang pembantu rumah warga Indonesia mahu membunuh diri dengan menggunakan pisau memakan diri apabila dia ditahan polis di rumah majikannya di Taman Tun Abdul Razak, dekat sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 10.30 malam kelmarin semasa pengadu seorang lelaki tempatan berusia 68 tahun berada di rumahnya.

“Salah seorang wanita warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah pengadu didakwa cuba membunuh diri dengan menggunakan sebilah pisau.

“Susulan kejadian itu, pihak polis telah memberkas suspek yang berusia 28 tahun ditempat kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi semalam.

“Turut dirampas sebilah pisau yang digunakan semasa kejadian dan suspek tidak mengalami apa-apa kecederaan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, punca kejadian dipercayai akibat tekanan kerana keluarga suspek di kampung (Indonesia) sering meminta wang daripadanya.

Jelas beliau, hasil semakan mendapati suspek telah berkerja dengan pengadu yang juga seorang pesara lebih kurang satu tahun.

Katanya, suspek telah direman selama empat hari sehingga 30 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI