fbpx

Mayat budak lemas dijumpai di Pantai Bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat membawa naik mayat Muhammad Mikhaeil yang dijumpai tidak jauh dari kawasan pesisir Pantai Bersih di Bagan Ajam, Butterworth di sini pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Mayat kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dikhuatiri lemas di Jeti Nelayan Bagan Ajam dekat Pantai Bersih Butterworth, di sini sejak petang semalam dijumpai kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.

Difahamkan, mangsa, Muhammad Mikhaeil Muqmin Abdullah dijumpai tersangkut pada tali pukat tidak jauh dari kawasan pesisiran Pantai Bersih di sini.

Pegawai Kanan Bomba II, Unit Penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, Muhammad Isharudin Ismail berkata, ketika dijumpai, jasad mangsa berada dalam keadaan sempurna tanpa sebarang kesan luka dan sebagainya.

“Mayat kanak-kanak itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk tujuan forensik,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam, mangsa dikatakan hilang selepas dipercayai dibawa arus ketika sedang bermandi-manda bersama tiga lagi rakannya di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, tiga rakannya itu berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di tempat kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI