fbpx

Jokowi dipuji kerana lebih berani berbanding Joe Biden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jokowi (kiri) memilih bertemu sendiri Putin dan Zelenskyy berbanding Biden (kanan) yang hanya membuat kritikan dari jauh. - DW

JAKARTA – Pengarah Institut Perisikan Indonesia, Ridlwan Habib menyifatkan langkah Presi­den Joko Widodo (Jokowi) untuk melawat Russia dan Ukraine adalah lebih berani berbanding rakan sejawat beliau dari Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, lapor laman berita Tribunnews.

“Jokowi lebih berani daripada AS kerana Biden hanya boleh mengulas dari jauh, manakala Jokowi memilih bertemu empat mata dengan dua pihak yang bertelagah,” kata Ridlwan.

Pemerhati risikan itu menambah, langkah Jokowi itu sangat strategik di tengah-tengah ketidaktentuan global.

“Dunia diancam oleh krisis tenaga dan krisis makanan kera­na perang antara Ukraine dan Russia.

“Langkah Jokowi untuk me­ngadakan pertemuan dengan pemimpin kedua-dua negara sememangnya ditunggu-tunggu oleh masyarakat dunia,” jelasnya.

Sementara itu, pemerhati tentera, Connie Rahakundinie Bakrie pula mencadangkan agar Jokowi tidak bertemu dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy di Kiev bagi menjamin keselamatan Presiden Indonesia itu.

“Saya sarankan bertemu di sempadan negara sahaja, tidak perlu ke Kiev kerana potensi untuk berlaku pertempuran diluar jangkaan  adalah tinggi,” kata Connie.

Beliau juga berharap agar ada kenyataan rasmi dari Ukraine dan Russia berhubung pelaksana­an gencatan senjata seketika semasa Jokowi mengadakan lawatan ke sana. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI