fbpx

Indeks Persepsi Rasuah bukti Malaysia bukan ‘juara’ rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR, WARTAWAN EKSEKUTIF

Perbicaraan kes-kes rasuah melibatkan pemimpin-pemim­pin besar politik tanah air serta orang kenamaan pastinya menjadi antara topik bualan orang ramai.

Sudah tentunya selagi kes-kes tersebut masih dibicarakan di mahkamah, ia akan terus menjadi topik perbualan dalam kala­ngan masyarakat, tidak kira sama ada di kedai kopi ataupun di alam maya.

Bagi yang berasakan diri mereka lebih arif daripada hakim yang mengendalikan kes-kes itu, hukuman bersalah sudah pun dijatuhkan terhadap tertuduh.

Lebih buruk apabila sesete­ngah pihak akan menuduh tanpa usul periksa melebalkan Malaysia sebagai negara yang ‘juara’ rasuah.

Bagi mereka, ia adalah fakta dan tiada apa pun yang dapat mengubah pandangan itu.

Pengarah Institut Pemba­ngunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali turut berkongsi buah fikirannya mengenai tanggapan tersebut baru-baru ini.

Menulis di akaun Facebook miliknya, beliau berkata, Malaysia berada di tangga ke-62 pada tahun lalu berdasarkan carta penarafan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dengan trend penurunan yang nyata.

Menurutnya, di rantau Asia Tenggara, berdasarkan ukuran CPI, Malaysia berada di dua tangga selepas Singapura, yang mana negara jiran itu berada di tempat keempat di peringkat dunia.

Berdasarkan CPI juga, dua negara lain di rantau ini iaitu ­Vietnam dan Indonesia turut mencatatkan kenaikan skor dalam indeks tersebut iaitu ­masing-masing 39 dan 38.

“Mengapa ramai yang berpa­ndangan isu rasuah adalah punca utama kejatuhan daya saing Malaysia?

“Persepsi terhadap rasuah di Vietnam dan Indonesia hakikatnya lebih buruk.

“Bagaimanapun, sering dilaporkan bahawa dua negara ini mampu menarik pelaburan yang tinggi. Rasuah teruk, pelaburan tinggi, pelik tapi benar,” katanya.

Noor Azlan berkata, kemungkinan yang berlaku adalah Viet­nam dan Indonesia tidak berhadapan perang persepsi rasuah, sekali gus membolehkan mereka mampu fokus kepada faktor daya saing yang lain.

“Jarang sekali dengar gejala rasuah sangat teruk di Vietnam dan Indonesia. Tiada siapa gendangkan, sebaliknya gendang persepsi ini sangat kuat di Malaysia. Jangan salah faham, tiada alasan untuk menghalalkan ra­suah.

“Sasaran semestinya kekal rasuah sifar. Bersih sebersihnya. Yang bersalah mesti dihukum. Rasuah mesti dibenteras, tetapi ia bukan penentu mutlak untuk meningkatkan daya saing negara.

“Kita tumpu kepada tindakan menghukum, tetapi perang saraf punca rasuah berlaku agak jarang (diberi perhatian),” ujar beliau.

Data di laman web CPI menunjukkan bahawa Singapura berada di tempat keempat di ranking dunia pada tahun lalu, manakala Malaysia di tempat ke-62, Vietnam (87), Indonesia (96) dan Thailand (110).

“Manakala Filipina pula berada di ranking ke-117, Laos (128) dan Kemboja (157).

“Data berkenaan turut me­nunjukkan bahawa Malaysia berada di tangga ke-57 pada tahun lalu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI